hari ini tenggelam lagi 'elegant silence' imam hadhari, satu istilah yang dicipta oleh musa hitam, saorang bukan pencinta dr m, tentang sunyi seribu bahasa imam hadhari kepada segala kecaman kecaman dr m terhadapnya.
imam hadhari dalam satu majlis yang disiarkan dalam bulletin utama tv3 hari ini, bising macam tong kosong menyanjung tinggi polisi bioteknologi dan pertaniannya dan mengecam polisi idustrialisasi yang dilihat ditujukan kepada dr m, sebagai ketinggalan zaman. nampak jelas tak 'elegent' kecaman imam hadhari itu, umum tahu kekerdilan imam hadhari berbanding dengan dr m dari segala segi dan dia bercakap tanpa berlandaskan fakta.
apa yang imam hadhari telah hasilkan melalui polisi bioteknologi dan koridor koridor dia yang merata tempat tu.
dalam rantaian nilai tambah bioteknologi, nilai tambah yang paling tinggi ialah r & d yang dilaksanakan bagi menghasilkan harta intelektual dalam membuat ubat ubatan dan lain lain produk bioteknologi. apa yang telah dihasilkan oleh malaysia biotech corp selama ini melainkan perjanjian perjanjian untuk syarikat syarikat malaysia menjadi 'kedai peluh' kepada pemegang pemegang harta intelektual ini. ini bangla pun boleh buat.
kutukan imam hadhari jelas menyerlahkan kekerdilan intelek nya. dr m telah lebih 20 tahun menjadi pm bermula awal 80an dan kalau imam hadhari membaca lebih sikit dia akan tau era dr m melewati hujung era industrialisasi, ke era IT dan awal era bioteknologi.
era industrialisasi di malaysia bermula bila kawasan kawasan perdagangang bebas didirikan di pulau pinang oleh lim chong eu dan peluang yang dilihatnya pada masa itu hanyalah menjadi 'kedai peluh' kepada syarikat syarikat elektronik multi-national yang berpengkalan di singapura. susah nak mencantas singapura dari rantaian nilai tambah pembinaan komponent elektronik syarikat multi-national ini kerana mereka ialah pemain yang dah 'established' dalam industri ini.
adakah imam hadari menidakan kejayaan industri kereta tempatan yang dimulakan dr m. ini sudah tentu bukan industri 'kedai peluh' ala imam hadari atau lim chong eu, sebaliknya industri tempatan yang dipopulasi oleh jurutera jurutera tempatan berkemahiran dalam menghasilkah kereta yang bersaing di dalam industri automotif yang kompetitif.
apa yang nak dibanggakan imam hadhari dengan koridor koridor dia di merata tempat tu yang hanya merupakan pembungkusan semula msc. manakala msc ingin mengambil peluang dari 'ekonomi baru' yang menjadi ciri era IT dengan menjemput pemain pemain global memindahlan operasi mereka dan membuat r & d di malaysia dan mendahului singapura dalam rantaian nilai tambah ekonomi baru ini, di koridor iskandar imam hadari mengambil langkah kebelakang, tak mampu melihat lebih jauh selain dari menjadi 'kedai peluh' singapura.
bersangkutan ini kita telah tengok kerenah singapura, hendak meletakan polis sendiri di koridor iskandar, dsb. sungguh memalukan!!
No comments:
Post a Comment