Saturday, January 10, 2009

'wahyu' tak semenggah dolah


dolah kebelakangan ni dah jadi macam biang keladi makin dekat nak pencen ni makin menjadi-jadi, lepas satu, satu, 'wahyu' tak semenggah keluar dari kepala otak dia.

lebih tepat lagi yang keluar dari kepala otak yang dia tumpang. umpama kalau kereta kita jenis slow atau kurang prestasi, kita tumpanglah kereta orang yang boleh pergi macam pelesit, baru panjang langkah. pelesit yang dolah tumpang ialah menantu dia. pelesit ni kata orang ialah yang merangka semua yang dolah 'wahyu'kan, orang kata..

baru baru ni tak ada angin tak ada ribut, sime darby diketuai oleh politikus tak kesampaian musa hitam, sudah tentu bersenjatakan 'wahyu', dengan celupar cuba nak ambil alih IJN, sebuah pusat pakar jatung terulung di rantau ini yang menjadi kebangaan rakyat malaysia, terutama sekali orang melayu. apa lagi macam orang gila meroyan lah rakyat, kecut teloq sime darby terus tarik diri secara sukarela dari niat mereka, walaupun ada kedengaran EPU - macai dolah, berkeras nak teruskan juga ambil-alih itu, mesti dengan agenda tersendiri.

dulu ada tiga syarikat peladangan besar yang nampaknya segar bugar, sime darby, golden hope dan guthrie. serupa juga keadaannya macam sekarang tak ada angin tak ada ribut di'wahyu'kan bergabung, maka semua digabungkan jadi sime darby. macam-macam mereka kelentong, sebab skala ekonomi lah, efisyensi lah, jimat kos lah, itu lah, ini lah, entah apa bala lagi. yang pasti pihak-pihak penganjur - pelesit perangka 'wahyu', 'consultant', 'investment banker', dll dapat durian runtuh berbillion-billion RM.

bukan main gah lagi bila diumumkan musa hitam dan zubir orang-orang yang menerajui lembaga pengarah dan pengurusan entiti yang tergabung, dipanggil sime darby juga - nampak lebih 'exercise' menelan dari bergabung, sebuah syarikat perladangan yang terbesar di dunia. kita kira kalau dah jadi peneraju syarikat kelas dunia dah tentu mempunyai kebolehan kelas dunia tapi sebaliknya. dikatakan bergabung untuk mengambil kesempatan dari skala ekonomi maka risikonya pula ikut skala yang sama juga, seperti letak semua telur dalam satu bakul.

bila ekonomi dunia merudum baru-baru ni sime darby tertangkap dengan punggung terdedah dalam ladang kelapa sawit bila harga minyak sawit jatuh yang terlalu rendah. mungkin terkejut beruk musa, zubir dan penaja-penaja pengabungan dulu melihat skala lingkup yang akan berlaku kepada sime darby jika mereka tidak mempelbagaikan perniagaan mereka. ini tak sebut lagi kemungkinan apa-apa tengkorak dalam almari yang akan tersembul keluar seperti yang selalu berlaku dalam keadaan ekonomi yang merudum ni, bila juruodit atau sapa-sapa menyoal itu dan ini, kantung dah kosong susah lah nak 'adjust' sana sini.

maka tak hairan lah jika kebelakangan ni banyak 'wahyu' yang tak semenggah keluar dari kepala otak dolah, terutama sekali yang bekaitan sime darby dan projek-projek celupar yang tak pernah ada dalam perancangan kerajaan. banyak motivasi untuk dia, baca pelesit tumpangan dia, buat begitu.. mengaut keuntungan celupar, mungkin mengelak apa-apa tengkorak dalam almari tersembul keluar, kepentingan politik ya juga, kelam-kabut juga najib kejap hari tu bila mereka mula mengintai IJN. harap-harap isu ambil-alih IJN ni dah betul-betul dah berkubur.

baru-baru ni bala baru pula timbul.. 'wahyu' pembinaan LCCT di labu oleh sime darby dan air asia, tony fernandez panggil klia@east. banyak yang tak semenggah dengan projek 'wahyu' LCCT labu ni, baca sini untuk sedikit latar-belakang.

LCCT labu ni dipanggil sahaja terminal tetapi sebenarnya ialah sebuah airport baru. tony fernandez jurukelentong utama projek ni sekarang cuba mengalih perhatian orang ramai dari fakta ini dengan memanggilnya klia@east seolah-olah sebahagian dari pembesaran klia.

beza apa yang dipanggil terminal dengan apa yang dipanggil airport ialah lebih kurang RM1.5 billion, itu beza harga LCCT sepang dan LCCT labu. mana mereka nak dapat duit tu?

tony dah nak jadi pak man telo, mana tak? bisnis low cost, margin ciput main volume, sekarang ekonomi merudum mana ada volume. macam mana nak bayar gaji dan lain-lain overhead? ambil deposit passenger dua tahun kehadapan bayar gaji sekarang, pak man telo la tu. tu tak cakap lagi pasal nak bayar kapal terbang yang dia order, sekarang nak buat airport baru..? tu sebab la kelentong dia pasal masa depan je, tahun sekian-sekian air asia jadi no 2 belakang JAL, bla. bla..

kena rampok lah EPF nanti..

kalau hanya untuk memenuhi keperluan perkhidmatan LCCT tempatan yang dikatakan kian meningkat hendak dibina airport baru sedangkan kita dah ada klia yang boleh menampung 125 juta penumpang tapi cuma 20% sahaja diguna sekarang, dah tentu rakyat banyak soal macam wong choo keong ahli parlimen wangsa maju di sini. tambahan pula bukan ke membunuh bisnis MAHB ni.

dolah.., dolah.., dari seorang imam islam hadari, baca sajak cari shafie.. cari ghazali.. masa mula naik dulu, nak pencen ni cari duit kau ya..

1 comment:

  1. Apa yang Hang Tuah takutkan, isu tak jadi ambil alih IJN tu hanya bersifat sementara kerana PRK K.Terengganu jer.
    Bukan apa, sebab takut PR buat isu dalam kempen, pasti BN terlungkup.
    Sedar tak sedar, lepas PRK tu nanti, isu ambil alih tu tetiba timbul semula sebelum Dolah tu pencen. Sebab dia mesti nak pastikan anak menantu dan koroni dia selamat, maka nanti bolehlah suapkan dia nasi masa pencen.

    ReplyDelete