Monday, February 16, 2009

Minta maaf la yang dinamakan Tuan Guru..


Bila yang dinamakan Tuan Guru ni melatah, nampak ketara sangat.

Selalu yang dinamakan Tuan Guru ni cool orangnya, kalau menegur pun lunak bunyi nya penuh hikmah tapi tepat pada sasaran sampai yang ditegur bak berlari-lari mencari air sebab terasa pedas. 

Pasal kemelut dengan Sultan di Perak pun yang dinamakan Tuan Guru kata dia tak memberi komen pasal isu Sultan. Itu orang arif namanya lebih baik diam dari yang dihambur kata-kata nista. 

Tapi kali ni nampak sangat 'amarah' tu lepas, bak si gembala kambing tertidor lepas seekor kambing dia.

Gamaknya ada satu kelebihan besar bagi BN bila SPR umumkan dua Pilihanraya Kecil akan diadakan pada 7 April, yang mungkin akan meragut kemenangan dari parti yang dinamakan Tuan Guru, sampai yang dinamakan Tuan Guru gabra bak gembala di dalam tu lentok seketika. 

Hingga Eropah dijadikan contoh, mengatakan kalau di Eropah SPR dah tak layak jadi SPR, mungkin betul, tapi kalau saya tak silap SPR diberi masa 60 hari untuk mengadakan pilihanraya sekiranya ada kerusi kosong. Jadi tak ada hal la 7 April yang termasuk dalam 60 hari tu.

Yang dinamakan Tuan Guru seperti mengatakan SPR menyebelahi BN, maka yang bukan dinamakan Tuan Guru, Muhyidin mencelah.. orang Islam dianjurkan baik sangka.

Tapi yang pasti kalau di Eropah yang dinamakan Tuan-Tuan Guru mungkin tak ada peluang nak jadi orang politik. Yang dinamakan Tuan-Tuan Guru orang Eropah diberi satu tempat nama Vatican, maka duduk la mereka di situ, buat kerja mereka, buat fatwa-fatwa mereka dan orang-orang Eropah buat tak dengar.

Di sini yang dinamakan Tuan-Tuan Guru masih didengar, aktif berpolitik. Jadi jangan kira Eropah la, di Eropah lelaki dengan lelaki pun boleh kawin, kita kira sini saja la.

Minta maaf la yang dinamakan Tuan Guru.. saya yang daif ni, yang dah pasti bukan yang dinamakan Tuan Guru cuma bagi komen sikit.

No comments:

Post a Comment